6 Mar 2018






PKG daerah Hulu Terengganu telah mengadakan Anugerah Nilam Peringkat Daerah Hulu Terengganu pada 27 dan 28 Februari 2018 di PKG Kuala Berang. Pertandingan ini melibatkan 30 calon dari PKG Kuala Berang, PKG Tengkawang dan PKG Peroh untuk 4 kategori yang dipertandingkan iaitu Bahasa Melayu (SR), Bahasa Melayu (SM), Bahasa Inggeris (SR) dan Bahasa Inggeris (SM). Johan bagi setiap kategori akan mewakili daerah Hulu Terengganu ke Anugerah Nilam Peringkat Negeri Terengganu. 


LAWATAN PENANDA ARAS GPM/GPB PKG SELAMA, PERAK KE ETP KUALA BERANG




Pada 26 Februari 2018, PKG Selama, Perak telah mengadakan satu lawatan penanda aras ke English Theme Park Kuala Berang. Ketua Penolong Pengarah BTPNT, Hj. Alias Bin Talib telah memberi ucapan aluan dan En Ahmad Jadid bin Jusoh , Penolong Pengarah Unit Pembangunan Kapasiti Profesionalisme, BTPNT telah memberi taklimat berkaitan projek inovasi ETPKB.

11 Feb 2018

MESYUARAT JAWATANKUASA PERMUAFAKATAN AKTIVITI PKG KUALA BERANG BIL.1/2018





Mesyuarat JKPA PKG Kuala Berang Bil.1/2018 telah dijalankan di Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu pada 7 Februari 2018. Mesyuarat ini melibatkan semua Pengetua dan Guru Besar daripada 30 sekolah ahli. Mesyuarat ini dijalankan untuk melihat pencapaian aktiviti JKPA 2017 dan membantangkan laporan yang telah dilaksanakan seperti khimat bantu PSS, Program Gerakkan Membaca, MBMMBI, VLE dan SSQS. Semua perancangan dan perlaksanaan aktiviti PKG adalah bertujuan untuk memberi impak besar kepada sekolah serta murid berdasarkan kepada keperluan.

30 Jan 2018

PROGRAM KHIDMAT BANTU PENYELENGGARAAN KOMPUTER




Pusat Kegiatan Guru Kuala Berang dengan kerjasama PKG Peroh dan PKG Tengkawang telah mengadakan program khidmat bantu konfigurasi komputer di SK Dusun pada 23-25 Januari 2018. Tujuan utama khidmat bantu ini adalah untuk membantu sekolah dalam proses penyelenggaraan komputer di makmal sekolah. Khidmat bantu ini telah berjaya dan kesemua komputer telah berfungsi untuk kegunaan guru dan murid sekolah.

TAKLIMAT PELAKSANAAN TV PSS DAERAH HULU TERENGGANU 2018





PKG Kuala Berang dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu telah mengadakan Taklimat Pelaksanaan TV PSS pada 29 Januari 2018 di Bilik Mesyuarat Pendahulu, PPD Hulu Terengganu. Taklimat ini telah dipengerusikan oleh En. Hasmasuhaimi bin Sulaiman @ Hashim (Penolong PPD daerah Hulu Terengganu) dan melibatkan 18 Guru Penyelaras Media dari sekolah yang terpilih. Objektif taklimat adalah untuk menyampaikan langkah-langkah bagi penubuhan TV PSS dan kepentingan penubuhannya.

22 Jan 2018

BENGKEL TUTORIAL PENGGUNAAN e-RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (e-RPH) BAGI SEKOLAH RINTIS PERINGKAT DAERAH HULU TERENGGANU 2018





PKG Kuala Berang dengan kerjasama PKG Peroh & PKG Tengkawang telah mengadakan bengkel tutorial e-RPH bagi sekolah rintis di daerah Hulu Terengganu pada 22 Januari 2018 di PKG Kuala Berang. Tumpuan bengkel ini untuk memberi pendedahan kepada 22 admin e-RPH sekolah rintis tentang cara penggunaan e-RPH yang berkesan. Hampir kesemua admin sekolah rintis yang terlibat hadir mengikuti bengkel ini bersama En. Jamaluddin Bin Abd Rahman, pegawai TVET PPD Hulu Terengganu. Bengkel telah dikendalikan oleh En. Zamri Izuan Bin Hasan, Jurulatih Utama e-RPH dari SK Pasir Nering.

14 Jan 2018

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN BTPN TERENGGANU 2017





Majlis Anugerah Kecemerlangan BTPN Terengganu 2017 telah diadakan pada 11 Januari 2018 di BTPN Terengganu. Majlis ini diadakan untuk menghargai pegawai dan staf di BTPN & PKG yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang sepanjang 2017. Majlis juga diadakan untuk menghargai peranan pengerusi Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti setiap PKG dan peranan unit TVET setiap daerah. Majlis dirasmikan oleh Pengarah JPN Terengganu, tuan Hj Shafruddin Bin Ali Hussin.